16 November 2013

Terkini ! Ketua Cabang PKR Langkawi umum keluar parti



 Ketua Cabang PKR Langkawi Dato' Wan Salleh Wan Isa  mengambil keputusan untuk keluar PKR dalam satu sidang media di  Baron Resort , Langkawi sebentar tadi.

Menurut Wan Salleh yang merupakan bekas Pengerusi PKR Kedah, setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti.

"Pimpinan Pusat dilihat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan seperti kepimpinan di Kulim-Bandar Baharu, Alor Setar, Kubang Pasu dan yang paling nyata, Langkawi," katanya dalam sidang media itu.

Wan Salleh bagaimanapun menafikan dia keluar dari PKR untuk menyertai UMNO sebaliknya hanya akan bergiat dalam NGO. 


Ketika admin menghubungi seorang AJK Cabang PKR, beliau mengatakan  dengan keluarnya Dato' Wan Salleh , PKR Cabang Langkawi masih utuh dan Jawatankuasa Cabang sedia ada masih berfungsi seperti biasa. Dan satu pemilihan Jawatankuasa penggal 2014-2016 akan diadakan awal tahun 2014. 

Beliau berkata lagi , "pemimpin datang dan pergi"  terpulang kepada individu untuk menentukan hala tuju mereka . Sebelum ini Dato Wan Salleh keluar dari umno Jerlun, mantan bendahari bahagian  dan memasuki PKR pada tahun 2007.   
  
Kedahkini

TERKINI: Laporan Polis SAMM Seluruh Negara #AGagenCIA:


PERKEMBANGAN TERKINI: Laporan Polis SAMM Seluruh Negara #AGagenCIA:

Selesai Report jam 11am (Telah Selesai)
SAMM P.Pinang di Balai Bayan Baru
SAMM Kuching di Balai Padang Sentral Kuching

Report Polis Jam 2pm;
SAMM Pahang di IPD Kuantan,
SAMM Kedah di IPD Kuala Muda,
SAMM Langkawi di IPD Langkawi,
SAMM N.Sembilan di IPD Seremban 2

Report Polis Jam 3pm;
SAMM Terengganu di IPD K.Terengganu

Report Polis Jam 5pm;
SAMM Johor di IPD Johor Bharu
SAMM Perak di IPD Ipoh

Laporan Polis Esok dan Isnin (17 & 18 November)
SAMM Kelantan di IPD Bachok
SAMM Selangor di IPD Sg Besar (Isnin)

Sekiranya tiada tindakkan progressif dari pihak polis terhadap pejabat AG, maka SAMM Kebangsaan dan SAMM Wilayah akan mengetuai satu lagi laporan polis di Balai Dang Wangi pada 24 November (Ahad) bersama sekutu aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai!



PROJEK SELENGGARA JALAN RM128 JUTA HARAP KERAJAAN KEDAH BUAT TENDER TERBUKA




TANPA TENDER TERBUKA, MUKHRIZ JAMIN RM128 JUTA UNTUK SIAPA?

Di Pulau Pulang, yang bukan kroni pun berpeluang dapat tender sebab Kerajaan Negeri mengamalkan tender terbuka.


Terowong bawah laut P.Pinang dipertikai sebab Zarul bukan kroni Umno

Isu Terowong Bawah Laut
TENDER TERBUKA P.PINANG 'CAKAP SERUPA BIKIN' - ZARUL


ZARUL Ahmad Zulkifly

RUPA-rupanya kontraktor Melayu bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly mempengerusikan Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., iaitu syarikat kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur beberapa lebuh raya nyah trafik serta terowong bawah laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Zarul berkata, beliau terkejut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus sendiri mempengerusikan jawatankuasa pemilihan tender secara telus dan terbuka,tanpa campurtangan mana-mana ahli politik pemerintah di negeri berkenaan.

"Tender sebesar ini kalau di (bawah Kerajaan) Persekutuan, saya rasa saya tiada 'can' (peluang memenangi).

"Di sini, saya hormat dan tabit kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana dia cakap serupa bikin.


"Saya tak pernah mengalami prosedur yang begitu telus, tiada 'sembunyi-sembunyi', semuanya jelas dan terang-terang dikendalikan oleh Ahli Lembaga Tender yang bukan terdiri oleh ahli-ahli politik, tetapi, (dikendalikan) oleh pegawai-pegawai kerajaan," ujar beliau dalam satu majlis interaksi dua hala bersama-sama warga Seberang Perai Utara (SPU), di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dan Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I) turut berucap pada majlis interaksi tersebut yang dikendali oleh Kerajaan Negeri.

Zarul berkata pihaknya dipilih kerana mempunyai rekod cemerlang dalam membina infrastruktur terbaik di peringkat dunia.

Malah, katanya lagi, Zenith BUCG dipilih kerana syarikat itu menawarkan sebut harga terendah berbanding syarikat-syarikat lain semasa proses tender terbuka berlangsung sebelum ini.

"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.

"Salahkah saya (dari Zenith), seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat dari China (BUCG) menawarkan harga paling murah untuk rakyat Pulau Pinang, mereka (pemimpin Barisan Nasional) memberi tohmahan kepada saya," soal beliau di depan hampir 300 warga tempatan, rata-rata Melayu.

Difahamkan, China Railway Construction Corporation (CRCC) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) adalah dua syarikat gergasi dunia dari China yang bergabung dalam konsortium tersebut.

Manakala, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd. adalah dua syarikat kontraktor Bumiputera Melayu tempatan yang menyertai konsortium tersebut.

Kesemua pihak berwajib itu terlibat secara langsung dalam penyelidikan awalan serta pembinaan projek terowong dasar laut Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6.5 kilometer (km), lebuh raya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu 4.2 km, lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam 4.6 km, dan jalan menghubungkan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang 12km.

Sementara itu, Guan Eng berkata, terowong bawah laut itu dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk melancarkan trafik George Town ke Seberang Perai Utara.

Selain itu, beliau berkata, projek itu terpaksa diteruskan kelak memandangkan Kerajaan Pusat beberapa kali menolak pembayaran RM10 juta oleh Kerajaan Negeri bagi mewujudkan sistem pengangkutan bas awam secara percuma di seluruh Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Kerajaan Negeri konsistan menolak cadangan pembangkang Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan kenderaan ke George Town sebagaimana yang diamalkan di Singapura.

"Pembangunan ini diharap akan membawa kemajuan di SPU...Pulau Pinang bukan Singapura. Pulau Pinang tak mahu ikut (amalan trafik) Singapura. Rakyat seharusnya menikmati kebebasan bergerak.

"Tiap-tiap rakyat berhak masuk ke 'Pulau' (George Town), jangan hanya mereka yang mampu (kaya) sahaja yang boleh masuk. Negeri ini bukan untuk orang kaya saja, tetapi untuk seluruh rakyat Pulau Pinang," tegas Guan Eng yang juga Setiasaha Agung DAP Malaysia.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tol akan dikenakan bagi pengguna terowong bawah laut itu selaras dengan kadar tol yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat ke atas pengguna kedua-dua Jambatan Pulau Pinang kelak.

"Kerajaan negeri tidak mahu dituduh cuba mensabotaj projek kerajaan Pusat sekiranya tidak mengenakan bayaran tol untuk terowong sepanjang 7.2 kilometer (km) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam.

"Kita tiada pilihan, sekiranya tidak mengenakan tol, Kerajaan Persekutuan ada alasan untuk halang perjalanan projek ini dan mungkin tidak ada orang akan guna Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Mesti ingat, apabila terowong (bawah laut) ini siap, saya tiada lagi. Terowong ini untuk semua anak-anak kita. Mereka lah akan mengucap terima kasih kepada semua kita," ujar beliau.

2 SUSPEK PERAGUT MAUT MELANGGAR JENGKAUT KETIKA DIKEJAR POLIS

2 Suspek Peragut Maut Ketika Dikejar Polis Di Pulau Pinang



Dua suspek kes ragut maut selepas motosikal dinaiki merempuh jengkaut dalam kejadian di Kampung Tok Alang,Tasek Gelugor Pulau Pinang kira-kira jam 5.45 petang tadi.Suspek Mohd Zaidi Hamid, 27, dan Muhammad Azrai Jamaludin,19, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sementara seorang anggota polis yang mengejar mereka, Lans Koperal Rizal Izwan cedera selepas turut melanggar jengkaut berkenaan.

Dimaklumkan juga anggota polis yang dikhabar turut parah kerana sanggup bergadai nyawa demi untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara Malaysia tercinta. 

Mengapa jadi peragut,  jalan mudah untuk mencari duit untuk melepaskan gian.

Kalau dikira di Malaysia ini menjadi tempat lambakan dadah, dalam sehari berjuta RM dadah dirampas ini kira yang ditangkap, 

Dimanakah silapnya, mungkin pintu masuk kita mudah dibolosi dengan wang panas ada dimana-mana....menjadi surga warga asing membuat duit?  

 Jangan anggap mudah tentang perkara ini kesannya hari ini jenayah berlaku setiap masa dan tempat.




Polis Rampas Dadah Bernilai RM11.52 Juta

15/11/2013
GEORGE TOWN: Polis dengan kerjasama Jabatan Kastam Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa di negeri ini setelah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah sintetik lebih 58 kilogram bernilai RM11.52 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil intipan bersama antara pasukan polis dan Kastam sejak beberapa minggu lepas, polis menyerbu sebuah kedai pajak gadai di Taman Usahaniaga, Bukit Mertajam dekat sini pada 10.40 malam Rabu lepas.

"Dalam serbuan itu kita menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan peniaga kedai pajak gadai dan merampas 16.325kg dadah jenis syabu yang disorok dalam dua silinder besi dan 1.109kg ketamin," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Kastam Pulau Pinang Datuk Zulkifli Yahya.

Katanya, setelah menggeledah premis itu, polis menemui dua pucuk pistol tiruan jenis Colt's dan WE.

Beliau berkata, polis kemudiannya membuat pemeriksaan dalam sebuah kereta milik lelaki terbabit dan menjumpai 40 bungkusan besar dan dua bungkusan kecil dadah jenis syabu seberat 40.898kg yang disumbat dalam lima silinder besi. ~Mstar








Jumaat November 15, 2013
Dua Lelaki Miliki Dadah Bernilai RM4 Juta Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis merampas syabu bernilai RM4 juta dengan tertangkapnya dua lelaki termasuk seorang peniaga Pakistan di dua lokasi sekitar Sri Petaling di sini sejak Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dua lokasi itu ialah di sebuah kondominium mewah dan parkir kereta di sebuah hotel di Sri Petaling.

Beliau berkata dalam kejadian pertama kira-kira pada 4.35 petang semalam, seorang lelaki warga Pakistan berumur 43 tahun ditahan di kediamannya di Sri Petaling kerana memiliki syabu seberat 24.9 kilogram yang dianggarkan bernilai RM3.7 juta. "Modus operandi yang digunakan suspek ialah menyembunyikan dadah di belakang 47 helai jahitan pakaian bercorak manik dengan setiap pakaian dianggarkan seberat 500 gram.

"Dengan menggunakan modus itu, pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sukar mengesan dadah tersebut semasa proses pemeriksaan dilakukan. Dipercayai sindiket dadah lain juga menggunakan modus yang sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Amar Singh berkata suspek mula memasuki negara ini pada pertengahan tahun 2009 melalui KLIA bersama isteri dan anak lelakinya yang berusia lima tahun.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja suspek telah keluar-masuk ke negara ini dari Pakistan sebanyak lapan kali sejak 22 Januari dan kali terakhir ialah pada 4 November lepas.

"Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengisytiharkan barang kes sebagai barang perniagaan tetapi perniagaan berkenaan tidak wujud," katanya.

Justeru, Amar Singh menyarankan agar pihak berkuasa di KLIA memperketatkan lagi kawalan kemasukan barangan import.

15 November 2013

PANAS ! AGENDA UG UNTUK PECAHKAN PAS, UTUSAN & MEDIA UTAMA JADI TUNGGANGAN......


Awas... Dr Hasan Ali dalang kempen untuk ulama menuju perpecahan Pas

Apa tujuannya semuanya,,, melainkan ini semua kerana atas perpaduan melayu atas arahan umno yang bakal pupus dari bumi Malaysia...

Mula-mula keluar dalam program IMR, Islam, Melayu dan Raja..

kalau sesiapa yang berminat nak tengok apa yang Hasan ali kempenkan sila Klik sini

Daripada sini,, secara terang-terangan sekarang kempen dah bermula,,, laman FB yang sebelum ini duk label anjing dan bapa anjing... sama-sama berkempen...


Link Klik Sini

Wakaka.. calon Ketua Pemuda yang tak berani nak berdebat, berganding sama dengan calon Timbalan Presiden yang berkata tak perlu berdebat...

Boleh diharapkan mereka ini yang bakal nak jaga parti Islam nanti... Ohh tidak.. Terpulanglah kepada perwakilan muktamar nanti.

Kalau rasa sayangkan Parti Pas,,, pandai-pandai,,, aku dah sampaikan apa yang berlaku...

~manjung mari

TERKINI! 2 KES TEMBAK MATI BERLAKU SEMALAM

LELAKI KENA TEMBAK MASA TUNGGANG MOTOSIKAL DENGAN ANAK BERUSIA ENAM TAHUN DI KELANTAN!!!



LAGI BERITA LIPUTAN VIDEO SINI

BACHOK: Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaru kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.

"Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Lai berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan menurutnya kes akan disiasat secara terperinci.

Sementara itu, isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan. "Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.
"Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan. Anak pasanganitu kelihatan trauma kerana terkejut.

Sementara itu, seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju.
"Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu," katanya.

Pada 30 Oktober lalu, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Bharu


KES KEDUA PELANCONG MATI DITEMBAK, ISTERI DICULIK

Pelancong Warga Taiwan Mati Ditembak, Isteri Dipercayai Dilarikan Di Perairan Semporna

SEMPORNA: Seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi Jumaat.

Lelaki berusia 57 tahun itu yang dikenali sebagai Lim Min Hsu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di koridor sebuah resort di sini kira-kira pukul 1 pagi Jumaat. Isterinya, An Wei Chang, 58, juga warganegara Taiwan dilaporkan hilang susulan insiden itu.

Pasangan suami-isteri itu tiba di resort tersebut pada Selasa dan dijadualkan meninggalkan resort berkenaan pada 20 November ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut.

Penduduk-penduduk di Semporna berkata tiada aktiviti mencurigakan berlaku tetapi polis dan tentera telah mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kami terdengar bunyi tembakan di sebuah pulau tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," kata seorang kakitangan di Majlis Daerah Semporna.

Negara bakal punah, sekiranya Shafie Abdullah dilantik peguam negara?


Shafie Abdullah akan di lantik Peguam Negara ? Hancur la sistem perundangan negara....



Desas-desus berkaitan kemungkinan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas.

“Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara,” tegas Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.

Katanya, hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara.

Berikut kenyataan media beliau.

Minggu lepas (7 November 2013), saya menegaskan bahawa walau apa pun agenda tersembunyi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini sedang membuat ‘gerakan’ untuk menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang beliau sendiri lantik pada tahun 2002, Abdul Gani tetap wajib disiasat secara menyeluruh di atas segala dakwaan salah laku sepanjang memegang jawatan sebagai Peguam Negara....

Apa yang jelas, agenda sebenar Tun Mahathir ialah untuk menaikkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Gani. Kehadiran Shafee di dalam pertemuan khas membincangkan perilaku Gani di rumah Tun Mahathir pada Ogos lepas menunjukkan bahawa agenda ini sedang berjalan rancak.

Tun Mahathir berfungsi sebagai ‘jarum’ untuk menyucuk Perdana Menteri supaya segera menyingkirkan Gani bagi membolehkan Shafiee dilantik segera sebagai Peguam Negara yang baru.

Desas-desus berkaitan kemungkinan Shafiee akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas.

Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara. Hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara.

Pada masa yang sama, kami dimaklumkan bahawa Gani di dalam suatu pertemuan tertutup dengan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada minggu lepas, telah menjawab dan memberi penjelasan terhadap beberapa tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya seperti insiden pemalsuan bukti kes ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemalsuan gambar di dalam perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih di ICJ dan juga kes pendakwaan ke atas Tun Dr Ling Liong Sik berkaitan skandal PKFZ.

PAS berpandangan penjelasan tertutup adalah tidak memadai. Gani harus berani untuk bertanggungjawab kepada umum dengan memberikan penjelasan kepada rakyat.

Buat permulaan, kami menuntut Gani supaya menjelaskan apakah status beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno dan apakah alasan beliau untuk tidak memulakan pendakwaan di dalam kes-kes tersebut, iaitu:

1) Kes bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputra yang menerima dua keping cek bernilai RM30,000 dan RM80,000 daripada syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn. Bhd. yang dikatakan berkaitan dengan permohonan syarikat terbabit untuk melanjutkan kontrak penyelenggaraan bangunan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar Johor Bharu.


Mengapa tiada pendakwaan dibuat ke atas Dr Awang Adek meskipun Dr Awang Adek tidak langsung mencabar Notis Perlucuthakan Harta (Forfeiture of Property) yang dikeluarkan oleh SPRM di atas perintah mahkamah di bawah Seksyen 41 (1) Akta SPRM 2009 bagi merampas wang tersebut?

2) Aduan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Wanita Umno Bahagian Baling, Norhashiah Ibrahim terhadap Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkaitan dengan pembukaan akaun bank yang mencurigakan pada tahun 2010 di mana nama dan tandatangan pengadu telah digunakan tanpa pengetahuan pengadu dan terdapat pembayaran-pembayaran yang meragukan ke dalam akaun tersebut.

Jika Gani mengatakan beliau tidak menjalankan pendakwaan secara ‘terpilih’ dan melaksanakan tugasnya berdasarkan peruntukan undang-undang, maka rakyat perlu mendapat penjelasan yang jujur daripada Gani berkaitan dengan dua kes di atas. - HARAKAHONLINE

14 November 2013

HOT ! SEBENARNYA KEDAH CAJ AIR LEBIH MAHAL 119% DARI PULAU PINANG





Tarif atau Kadar AIR UNTUK RUMAH , TARIF 1   terkini SADA di Kedah

Contoh anda menggunakan 35 meter padu atau 35,000 liter

20 m3  pertama (20,000 liter)  x RM0.50  =  RM10.00
15 m3 kedua  (15,000 liter)      x RM0.90  =  RM13.50 

JUMLAH    35M3   = RM23.50

Manakala pengunaan lebih 35 m3 ( meter padu ) @35,000 liter  kadar  adalah sebanyak RM1.30  per m3



Berbanding dengan PBA di P.Pinang

35 m3 pertama  ( 35,000 liter )  x RM0.306    =  RM10.70 


Perbezaan penggunaan diantara kedah dan di p.pinang
dengan penggunaan yang sama banyak adalah RM12.80  lebih di Kedah.

BERMAKNA KADAR AIR DI KEDAH 119 %  LEBIH MAHAL




DIATAS TARIF AIR PBA TAHUN 2010


Tarif air RM0.31 kekal terendah, denda bazir 20 peratus  (SURCAJ )
 - PENGKIRAAN UNTUK BIL 2 BULAN

JADUAL di atas menunjukkan surcaj atau denda maksimum 20 peratus hanya dikenakan ke atas mereka yang membazir air sahaja. | Sumber: PBAPP.



TARIF air Pulau Pinang yang kekal direkodkan paling rendah di Malaysia mungkin salah satu punca krisis air sengaja dipolemikkan di negeri berkenaan oleh pihak tertentu. | Sumber: PBAPP.

DENDA akan dikenakan kepada pengguna yang membazir bekalan air bersih memandangkan Pulau Pinang mencatatkan penggunaan air paling banyak, iaitu 302 liter padu perkapita setiap hari.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, warga Palau Pinang yang tidak membazir air akan terus menikmati tarif air paling rendah berbanding negeri-negeri lain, iaitu RM0.32 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama sahaja.


“Apa yang kita buat adalah kita (Kerajaan Negeri) tidak akan menaikkan kadar harga air, tetapi, kita mengenakan denda kepada mereka yang membazirkan air.

“Tarif air masih sama (dan) paling rendah berbanding negeri-negeri lain akan terus dinikmati oleh mereka yang tidak membazir bekalan air,” ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, penggunaan air sehingga 70,000 liter bagi dwi bulanan tidak akan dikenakan caj denda tambahan.

Namun, penggunaan air dalam jumlah 100,000 liter hingga 150,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakan caj tambahan sebanyak 16.7 peratus.

Penggunaan air dalam jumlah 100,000 liter hingga 150,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakankan caj tambahan sebanyak 20.7 peratus.

Penggunaan air melebihi 200,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakan caj tambahan paling tinggi iaitu, 20.9 peratus.

“Denda paling tinggi kira-kira 20 peratus...dulu anda bayar RM20, sekarang (kadar termasuk caj denda membazir air) yang ada perlu bayar RM24 (untul bil air dwi bulanan),” ujar Guan Eng.

Beliau berkata, pengguna yang membazirkan air direkodkan sebanyak 28 peratus sahaja.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak supaya terus berjimat-cermat menikmati bekalan air bersih di negeri berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, premis perniagaan tidak akan dikenakan surcaj sehingga 20 peratus tersebut memandangkan mereka tidak menerima apa-apa subsidi daripada Kerajaan Negeri.

Dalam perkembangan sama, beliau sekali lagi mengulangi pendirian Kerajaan Negeri menolak cadangan membayar caj air bersumber Sungai Muda sebagaimana dituntut oleh Kerajaan Negeri Kedah.

“Air yang diangkat dari Sungai Muda adalah dalam sempadan negeri Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) mempunyai semua dokumen untuk membuktikannya.

“Undang-undang antarabangsa menyatakan bahawa semua negara harus membenarkan sungai ini alir secara semulajadi tanpa sebanyak peralihan atau tanpa sebarang perbuatan khianat untuk mengalih sumber air ke sesebuah negeri.

“Tak boleh cuba ubah apa yang dikurniakan oleh Tuhan yang Maha Esa, Maka, kalau Tuhan sudah menentukan itu adalah aliran sungai, maka kita perlu mengikut ketentuan Tuhan.

“Oleh itu, saya amat kesal dengan cadangan pihak tertentu di Kedah cadang untuk sekat air (Sungai Muda) ke Pulau Pinang.

“Ini nyata bertentangan dengan semangat keMalaysiaan...ini adalah sesuatu yang sama sekali tidak waras kerana Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia,” tegas Guan Eng.
Pendirian Guan Eng itu sekaligus menolak cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata (Kedah), Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mencadangkan di air Sungai Muda ke Pulau Pinang disekat sekiranya tuntutan Kedah enggan ditunaikan, lapor akhbar Sinar Harian pada 27 Ogos lepas. ~FR

KERATAN akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Ogos 2013

TERKINI! PARLIMEN KECOH...PASAL USUL HARAM GANTUNG SURENDREN -SAKSIKANLAH

Pautan kekal imej terbenam



Parlimen kecoh usul gantung Surendren dibaca


N.Surendran

 Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan.

The Malaysian Insider melaporkan, ahli Parlimen PR bangun membantah bacaan usul berkenaan yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri dengan menjerit "tarik balik" berulang kali.




Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

"Usul haram ... tarik balik!" jerit ahli Parlimen PR semasa usul berkenaan dibacakan, sambil menepuk meja
.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

TERHOT! WIKILEAKS DEDAH RAHSIA PERJANJIAN TPPA..!!!!!!

 WIKILEAKS Dedah Isi Kandungan Perjanjian Rahsia TPPA !!!!!!



Dokumen sulit itu kini sudah mula berada di internet dan di jangka akan didownload oleh beribu2 pengguna yang merangkumi dari pelbagai negara terutamanya negara2 yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini.

1. USA
2. JAPAN
3. CANADA
4. MEXICO
5. MALAYSIA
6. CHILE
7. SINGAPORE
8. PERU
9. AUSTRALIA
10. BRUNEI
11. VIETNAM
12. NEW ZEALAND

12 negara yang sedang meneliti dan berbincang mengenai TPPA. Isi kandungan dokumen sulit itu boleh didapati menerusi link ini ==> http://wikileaks.org/tpp/

Pihak kami menjangkakan bahawa team Mahathir iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mungkin sudah mendownload dokumen tersebut untuk tujuan kajian dan analisa mereka memandangkan pihak itu la yang paling lantang membantah isu TPPA selama ini.

Dokumen sulit tersebut mengandungi 95 muka surat dan ia mendedahkan perincian perjanjian2 yang akan disepakati oleh kesemua negara2 yang berniat melaksanakan TPPA ini. TPPA ini sebenarnya mempunyai kesan baik dan buruk yang lebih kurang.

Contohnya isu beras. Peniaga mungkin tertindas kerana TPPA akan menyebabkan persaingan beras dari luar yang lebih murah dan kualiti. Tetapi kesan nya kepada pembeli ialah mereka boleh mendapatkan beras yang lebih baik dengan nilai yang lebih rendah.

Begitu juga dengan isu ubat. Peniaga2 ubat mungkin terjejas disebabkan ubat2 tiruan tidak dibenarkan berada di pasaran dan ini juga melindungi pengguna daripada terjebak dengan pembelian ubat2an palsu namun dalam masa yang sama, harga ubatan import akan melambung tinggi. Bagi yang boleh mendapatkan ubat tempatan isu neh mungkin bukan masalah besar, tetapi bagi yang hanya bergantung pada ubatan import, ini mungkin mendatangkan kesan baginya.

Ubat2an tiruan ini pun mempunyai pelbagai maksud. Bukan bermaksud tiruan kerana ia tidak boleh mengubati penyakit, tiruan juga boleh diklasifikasikan sebagai peniru kepada jenama2 tertentu.

Begitu juga dengan konsep monopoli. TPPA akan menyebabkan sistem monopoli di Malaysia pecah. Lebih banyak persaingan untuk menawarkan sesuatu, maka rakyat Malaysia akan terdedah kepada penawaran harga2 yang lebih rendah.

Namun, sejauh mana rakyat Malaysia mampu bertahan untuk berdaya saing dengan syarikat2 luar yang diyakini mempunyai backup yang cukup luas dan modal yang sangat besar? Itu tak masuk lagi bab pengalaman dan jaringan marketing yang mereka ada.

Secara positifnya kita boleh menjadikan itu sebagai satu cabaran untuk kita motivate diri kita agar maju ke hadapan.

Secara negatifnya kita boleh anggap bahawa benda ini akan menyusahkan dan menjejaskan peniaga2 tempatan, kecil dan IKS kita yang kini baru nak belajar bertatih selangkah demi selangkah.

Sebab tue aku cakap bagaimana isu TPPA ini patut dibaca, ia bergantung kepada posisi ataupun kedudukan ko. Adakah ko rakyat Malaysia yang memegang posisi rakyat yang nak membeli belah di pasaran yang lebih terbuka dan menawarkan pelbagai jenis barangan yang lebih berkualiti tetapi murah?

Atau ko sebenarnya ialah seorang peniaga yang ada pekerja, menawarkan peluang pekerjaan, peluang perniagaan kepada orang lain dan TPPA ini akan menjejaskan bisnes ko dan rangkaian ko disebabkan kekurangan modal? Penguatkuasaan yang rendah di Malaysia?

Ini semua memainkan peranan.

Bagi mereka yang rajin boleh download dan study perjanjian TPPA ini. Boleh baca satu persatu apa yang dinyatakan. Untuk rekod, ini baru peringkat draft. Isi kandungan perjanjian TPPA sebenarnya sedang dirombak dan dirombak bagi menyesuaikan pandangan dari pelbagai negara yang mana pemimpin2 dari negara2 tersebut juga ingin melindungi kepentingan perniagaan mereka di dalam negara2 masing2.

Apa pun cukupla dinyatakan TPPA ini ada pro dan contranya tersendiri. Bagaimana korang nak lihat ia, ia bergantung kepada kedudukan yang korang. Apa pun adalah lebih elok, sebaik2nya amek pendirian selepas memahami isi kandungan perjanjian TPPA secara menyeluruh. Dan kita berharap juga dengan pendedahan dokumen ini, ia akan dijadikan penanda aras bagi pihak2 yang menyokong dan membantah untuk berhujah secara sihat dan matang.

PANAS ! WARGA-WARGA KL Ditikam Dari Belakang, Mengapa?

Warga KL tolak kenaikan cukai, masa depan politik BN makin gelap


Harga hartanah di Kuala Lumpur yang melambung mendorong DBKL menaikkan cukai pintu berlipat kali ganda. Gambar fail.Tanya Robert Quah mengenai cadangan kenaikan 100% cukai pintu bagi pemilik rumah di Kuala Lumpur dan ini akan menaikkan kemarahannya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seputeh itu percaya kenaikan itu akan menjadi punca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Beliau tidak berseorangan. Wakil persatuan penduduk lain turut marah dengan kenaikan cukai pintu yang diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui notis diterima sejak minggu lalu.

Kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur terakhir adalah 21 tahun lalu.

Menurut satu laporan dalam The Star tahun lalu, jumlah hartanah yang menjadi penempatan di Kuala Lumpur berjumlah 1.77 juta unit.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mempertahankan kenaikan cukai pintu dengan berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur juga sudah melambung tinggi.

“Jika sebuah rumah dahulunya berharga RM80,000 dan kini berharga RM700,000, tetapi harga cukai pintu masih lagi rendah, apa yang seharusnya kita lakukan,” katanya di Parlimen semalam.

Quah tidak dapat diyakinkan dengan alasan Tengku Adnan.

“Kenaikan adalah melampau,” katanya dan menambah bagi rumah teres di Taman Seputeh, harga cukai pintu meningkat daripada RM9,000 kepada RM18,000. Di Kepong, sesetengah pemilik rumah kos rendah mengatakan kenaikan sebanyak 267%.

“DBKL hantar surat kepada kami mengatakan kami mempunyai 12 hari untuk bantah,” katanya.

Wakil persatuan penduduk yang lantang itu tidak berhenti setakat itu, beliau mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak senyap tentang kenaikan kos kehidupan yang membebankan golongan kelas menengah.

“PM terlalu senyap sedangkan beliaulah di belakang semua ini,” kata Quah dan menambah ini boleh menyebabkan rakyat berdemonstrasi di jalan raya jika kerajaan tidak bertindak untuk menghentikan kekejaman ini.

Katanya, lebih menyakitkan hati adalah alasan yang diberikan untuk kenaikan itu.

Quah berkata, apabila penduduk Taman Seputeh pergi ke DBKL untuk mendapatkan penjelasan tentang bagaimana kadar baru cukai pintu dikira, beliau diberitahu “kenaikan sudah tidak dilakukan selama bertahun-tahun.”

“Ini adalah penjelasan mereka. Dari mana mereka boleh dapat duit lagi,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Datuk Mumtaz Ali juga mempersoalkan mengapa DBKL menaikkan kadar cukai pintu tanpa berbincang dengan penduduk terlebih dahulu.

“Mengapa mereka menolak slogan PM agar ‘rakyat didahulukan’?

“Mereka tidak pernah berbincang dengan kami. Apa yang kami ingin tahu ialah adakah mereka sudah memperbaiki perkhidmatan mereka,” katanya.

Katanya, penduduk Bukit Bandaraya menderita apabila lebih banyak kelulusan diberikan kepada aktiviti komersial di kawasan mereka, dan pihak berkuasa tempatan mengatakan ia akan menambah nilai kepada kawasan kejiranan itu.

Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Prem Kumar Nair, berkata kenaikan cukai pintu ini tidak akan menggembirakan penduduk apatah lagi baru-baru ini kerajaan mengumumkan pengenalan cukai barangan dan perkidmatan (GST), penghapusan subsidi gula dan pemotongan subsidi minyak.

“Kerajaan mesti terlebih dahulu menyelesaikan isu ketirisan dan mengambil langkah penjimatan kerana kami tahu agensi kerajaan membayar dengan harga lebih tinggi kepada pembekal.

“DBKL mempunyai banyak wang dalam simpanan mereka. Jadi mereka harus menyelesaikan isu pembaziran dan ketirisan berbanding meminta kami bayar labih,” katanya.

Setiausaha Persatuan Penduduk Desa Aman, Koh Guan Swee, berkata rakyat dibebankan dengan kenaikan kos dan ini bukanlah masa sesuai untuk menaikkan cukai kerana gaji orang ramai masih berada di tahap sama.

“Ini bukan masa sesuai untuk menaikkan harga semua benda sehingga kerajaan berjumpa dengan cara untuk memperbaiki pendapatan golongan kelas menengah dan golongan kelas menengah bawah yang menderita dengan kenaikan kos kehidupan,” katanya.

Koh berkata, graduan yang baru mendapat kerja hanya menerima gaji sekitar RM2,000 sebulan dan ini tidak cukup untuk hidup di Kuala Lumpur tanpa bantuan ibu bapa mereka - turut terseksa untuk membayar pelbagai bil.

Beliau juga menyelar DBKL kerana mahu meningkatkan kadar cukai dan pada masa sama perkhidmatan mereka tidak pernah diperbaiki.

Prem berkata: “Bolehkah mereka mewajarkan bahawa mereka sudah melakukan sebaiknya untuk menyelesaikan masalah kesesakan di ibu kota dan cuba untuk menurunkan kadar jenayah?

“Apakah mereka sudah membina lebih banyak laluan pejalan kaki agar orang ramai selamat daripada peragut,” katanya.

Quah bagaimanapun menambah kenaikan kadar cukai pintu baru itu tidak akan boleh diwajarkan.

“Jika kenaikan 5 hingga 10%, ia wajar, tetapi mereka menaikkan lebih daripada 1005,” katanya.

“Ini seperti ditikam daripada belakang,” katanya dan menambah beliau sudah menubuhkan jawatankuasa yang akan mengeluarkan surat bantahan kepada DBKL.

Mumtaz berkata, kebanyakan pemilik rumah di Bangsar berada di penghujung usia dan mereka sudah pasti tidak mampu untuk membayar kadar cukai tinggi.

Mereka juga menuntut DBKL berbincang dengan penduduk terlebih dahulu berbanding memaksakan kadar cukai baru kepada pemilik rumah.

Ahli Parlimen Kuala Lumpur bagaimanapun berkata, kenaikan cukai pintu ini akan memberikan kesan “domino” yang akan menjejaskan kebanyakan pemilik rumah dan penyewa.

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, berkata: “Sudah tentu pemilik rumah akan menaikkan harga sewa dan ini akan membebankan penyewa.”

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menyelesaikan masalah itu dengan membandingkan perkhidmatannya dengan bekas Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

“Beliau (Ahmad Fuad) sentiasa berjaya menaikkan keuntungan DBKL tanpa perlu menaikkan cukai pintu,” katanya.

13 November 2013

PANAS ! SANDIWARA NOH UDANG TERBONGKAR.....

Rafizi nafi Aziz orang kanan, keluar parti


Rafizi

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.

Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.

"Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.

Tambah beliau, Aziz mengambil tindakan menyertai Umno itu selepas 'kecewa' selepas khemah sementara bilik gerakan pilihan raya PKR yang diletakkan di hadapan rumah Aziz tidak dibayar sebaliknya beranggapan ia adalah sewa tapak sedangkan pihak parti meminta bantuan sahaja daripada sukarelawan.

"Beliau sebenarnya menuntut bayaran yang kami tidak penuhi, jika BN akan beri bayaran lumayan hingga RM5,000 bagi sewa satu tapak bilik gerakan itu.

"Oleh kerana beliau tidak bekerja, atas sifat ihsan, kerap kali saya hulurkan sedikit bantuan kewangan antara RM200 hingga RM300 sahaja sepanjang tempoh kempen pilihan raya lalu.

"Tidak adil jika selepas PRU13, hanya dia sahaja menuntut bayaran sedangkan petugas dan sukarelawan lain kembali kepada aktiviti masing-masing dan bekerja," dakwanya lagi.

Ditanya sama ada Rafizi mempunyai perselisihan faham sebelum ini, beliau menegaskan tidak pernah timbul perkara tersebut malah Rafizi memberikan layanan yang baik sepanjang berkempen.

"Aziz berperwatakan baik, malangnya hingga sekarang beliau masih tidak bekerja, akibat kesempitan wang beliau pergi kepada Umno mengadu nasibnya.

"Umno lebih suka jika ahli kami pergi kepada mereka, dan ia berita gembira buat saya sebab tidak perlu melayan tuntutan wang yang sebenarnya tidak wujud," katanya lagi.


Malam tadi di Pandan, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar dengan bangga dan megah sekali memberitahu satu dunia bahawa, seramai 70 anggota PKR Cabang Pandan dah melompat masuk UMNO.

Dari rakaman gambar yang di sedut dari dinding laman sosial FB Noh Omar sendiri jelas sekali menunjukkan yang masuk lompat pun bukannya pemimpin kanan PKR Cabang Pandan tetapi sekadar budak suruhan atau lebih tepat macai jer yang bernama Aziz .. dan jumlahnya pun bukannya 70 orang tetapi dia seorang saja.

GEMPAK ! BUAYA BESAR TAK MAKAN RASUAH TAPI MAKAN ORANG ( VIDEO INSIDE )


His name is Brutus. And this massive 16.5 foot, or 5.5 meter, giant one armed crocodile is who people hope to see when they take one of the popular jumping crocodile tours on the Adelaide river in 




Buaya besar makan orang tapi tidak makan rasuah......


12 November 2013

THE STAR MENGHINA YANG DIPERTUAN AGUNG... APA MCA MAU LAGI?


PAS anggap akhbar hina Agong isu Ibrahim Libya

Pemuda PAS Kedah menyifatkan laporan The Star yang mengaitkan guru agama Ibrahim Libya dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali sebagai "provokasi, jahat dan tidak beretika" sekalipun pihak berkuasa mengisytiharkan demikian.


Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria (kanan) berkata dakwaan itu seolah-olah menghina Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mencemar duli menziarahi kubur Ibrahim - yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - selepas insiden itu.

"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat. Media cuba mengambil alih peranan pihak berkuasa agama dengan menyiarkan petikan basi itu.

"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika. Justeru itu Pemuda PAS Kedah menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali," kata Nasir dalam satu kenyataan.

Isu Ibrahim Libya muncul semula ekoran gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada 31 penganut ajaran sesat "Tuhan Harun" menyerah diri susulan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek baru-baru ini.

Laporan akhbar itu turut melaporkan empat kes utama melibatkan keganasan kumpulan ajaran sesat termasuk kumpulan Imam Mahdi dan Al-Ma'unah.


Dianggap syahid ahli majlis fatwa

Mengulas lanjut, Nasir berkata pihaknya akan membuat laporan polis dalam tempoh tiga hari sekiranya tiada tindakan dari The Star dan akan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan.

Manakala, pemimpin Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat pula menyifatkan tuduhan itu biadap memandangkan peristiwa di Memali masih gagal disabitkan dengan aktiviti pengganas.

Suhaizan (kiri) yang juga bekas ketua Pemuda Johor berkata tokoh agama itu dianggap pemimpin masyarakat dan kematiannya dianggap syahid seperti disahkan ahli Majlis Fatwa Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak ketika itu.

"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini.

"Justeru, untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia sepertimana dilaporkan The Star adalah amat tidak bertanggungjaawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali almarhum," katanya.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata beliau tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat untuk menyatakan bantahan ini sekiranya akhbar itu tidak tarik balik dan permohonan maaf dibuat. ~ MK

Gambar: Bergambar bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria II & juga bersama pemuda-pemuda PAS  di hadapan IPD Kota Setar seusai membuat laporan mengenai kebiadapan akhbar The Star yang mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dengan ajaran sesat.

Gambar oleh Harakah Kedah

Laporan Polis telah dibuat hari ini,  Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria II & juga bersama pemuda-pemuda PAS di hadapan IPD Kota Setar selesai membuat laporan mengenai kebiadapan akhbar The Star yang mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dengan ajaran sesat.

SUSPEK KEDUA ROMPAK AMBANK, ADA AKAUN BANK ISLAM WALAUPUN GUNA IC PALSU...APA NAK JADI DAH JADI?

BETUL KE SUSPEK KEDUA PEMBUNUH PEGAWAI BANK MELAYU, BEKERJA DI SAPURA HOLDINGS?


Penjenayah warga Indonesia yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lagi warga Indonesia dengan harga RM200 dan telah membunuh seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pegawai bank, telah pun ditangkap. Bagaimanapun, wang rompakan berjumlah lebih RM400,000 tidak berjaya ditemui.

Maklumat daripada penjenayah itu sendiri, membawa kepada penemuan senjata api yang digunakan untuk membunuh Allahyarhamah Norazita Abu Talib di dalam sebatang longkang tidak jauh dari bank tempat kejadian. Empat kelongsong peluru masih terdapat di dalam pump gun tersebut sewaktu senjata berkenaan ditemui.

Semalam juga, PDRM telah mengeluarkan satu lagi pemberitahuan tentang suspek kedua yang menjadi dalang dan rakan sekongkol Laode Ardina dalam kes rompakan dan pembunuhan tersebut. Suspek kedua itu dikenali dengan nama JOEMAR OMAR,berasal dari Denpasar, Bali.

Seperti Laode Ardina yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan nama Ardi Hamza yang berasal dari Sabah, Joemar Omar juga turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama OSMAN BIN SALLEH dengan kod 12 iaitu negeri Sabah. Nombor kad pengenalan palsunya 840713-12-5207.






Hasil semakan mendapati nombor kad pengenalan tersebut tidak wujud dalam sistem! (BACA DI SINI)

JOEMAR OMAR atau nama samarannya, Osman bin Salleh bertugas di premis syarikat Sapura Holdings. Bagaimanapun, khidmat pengawal keselamatan berada di bawah kendalian pemilik bangunan.

Menariknya, penjenayah ini sekalipun menggunakan kad pengenalan palsu, boleh membuka akaun bank, sedangkan bank-bank di Malaysia khabarnya mempunyai prosedur dan pemeriksaan yang ketat, selain menggunakan pemeriksaan biometrik. (BACA JUGA SELANGORCHRONICLE)

Banyak sangat perkara menarik yang sedang berlaku terutama membabitkan agensi-agensi kerajaan yang sangat penting seperti JABATAN PENDAFTARAN NEGARAdan IMIGRESEN.

ASTRO TIDAK WAJAR NAIK CAJ PAKEJ....



ASTRO tidak wajar naik caj pakej sedia ada

SHAH ALAM 12 NOV : Kenaikan caj yang dikenakan ASTRO adalah tidak wajar ekoran perkhidmatan yang ditawarkan tidak sepadan dengan harga yang perlu dibayar pelanggan.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata syarikat terbabit juga dlihat perlu menaiktaraf perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sebelum caj dinaikkan.

Katanya, siaran berulang dan gangguan perkhidmatan ketika hujan juga perlu diberi penambahbaikan kerana harga bayaran tidak setimpal dengan apa yang ditawarkan ASTRO.

“Kita anggap tindakan itu tidak wajar kerana menindas pengguna secara terus. Kebanyakan pengguna merungut kerana tidak mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan tidak sepadan dengan caj yang dikenakan,” katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, hari ini.

Yahya berkata, kerajaan pusat juga perlu menamatkan monopoli ASTRO dan meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain.

Katanya, pelaksanaan itu bagi mewujudkan persaingan sihat di kalangan penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku antara pembekal perkhidmatan komunikasi bagi membolehkan pengguna membuat pilihan.

“ASTRO sudah untung besar dan memonopoli pasaran. Jadi, tidak wajar caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas bagi menghalang kenaikan itu dan pengguna juga diminta untuk tidak melanggan ASTRO sebagai tanda protes kepada syarikat terbabit.

Sebelum ini, ASTRO memaklumkan bakal mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan, bermula 24 November ini.

-NFN-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...