07 September 2013

PANAS! BERATUS PEMBELI KERETA DI LANGKAWI KECEWA...HARGA HONDA JAZZ BUKAN RM36K

Penduduk Langkawi dikejutkan dengan harga tawaran HONDA JAZZ 1.5 yang amat rendah sekitar bulan julai 2013, mungkin dipercayai strategi honda untuk menghabiskan stok dimana Langkawi tiada dikenakan sebarang cukai jadi tiada insentif dari pihak kerajaan. 

Sebelum ini kita merasa harga ini amat rendah ketika Nilai RM jatuh meredum dan mengsyaki ada yang tidak kena....


Harga yang ditawarkan sekitar RM36K telah ditempah lebih 500 orang dan menurut penduduk langkawi ada yang membuat bayaran tempahan sebanyak 5 buah sekali gus.......dengan pembatalan harga tersebut amat mengecewakan kepada pembeli yang telah membayar wang tempahan tempoh hari.



DIBAWAH PENJELASAN DARI SYARIKAT TERSEBUT MENGENAI PERUBAHAN HARGA...


Yooi Cars Sdn Bhd telah berkongsi satu gambar.
Anda yang dihargai...,
Seperti yang sedia maklum, kesilapan harga telah berlaku dan kita terpaksa menerimanya dgn melihat dari persepsi yang positif dan logik akal.
Mungkin ramai yang kecewa tetapi kekecewaan tersebut tidak sepatutnya hanya melibatkan 'peribadi dan kepentingan' sesetengah pihak sahaja.
Mungkin saja keputusan terpaksa dibuat utk kebaikan keseluruhan dan KITA TIDAK TAHU MENAHU.

Ada perkara tidak dapat kita jangka akan berlaku walaupun ia tidak kita harapkan berlaku. Ada perkara yg kita rasa berat tetapi kondisinya tidaklah seberat pihak-pihak lain yg telah berusaha utk memperbaiki situasi. Sebaiknya usah kita melabelkan semua perkara dgn tanggapan negatif yg mungkin bakal membenihkan situasi yang lebih buruk.

TERIMA KASIH DI ATAS SENSITIVITI WARGA LANGKAWI YANG SANGAT PERIHATIN DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA DAN MASIH MEMBERI SOKONGAN HORMAT YANG HANGAT.

Kepada pelanggan YCSB yg sangat dihormati,
Jutaan terima kasih atas sokongan yg diberi.

Bagi anda yang telah menempah Honda Jaz CKD dan menerima SURAT RASMI PERMOHONAN MAAF DAN PENJELASAN tentang isu ini dari HONDA MALAYSIA, sila bawa resit original pembayaran anda ke Yooi Cars Sdn Bhd untuk urusan pengembalian bayaran mengikut prosidur sewajarnya yang telah ditetapkan.

Harap maklum. Kesulitan yg berlaku amat dikesali. Terima kasih.



Oleh : YB Pulaupaku

Punca Sebenar Pembatalan Pengabungan Mas dan AirAsia Terbongkar!!!


MAS dan AirAsia didenda RM10 juta


Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia masing-masing didenda RM10 juta berikutan perjanjian singkat yang memberi impak kepada perkhidmatan penerbangan tempatan menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Pengerusinya, Tan Sri Siti Norma Yaakob, berkata kedua-dua syarikat tersebut telah melanggar Seksyen 4(2)(b) Akta Persaingan 2010 dengan berpakat selama lapan bulan.

“Perkongsian pasaran merupakan pelanggaran serius di bawah akta berkenaan. Ia dilihat sebagai mencegah, menghalang atau memesongkan persaingan perkhidmatan pasaran barangan dan perkhidmatan.



“Apabila ada syarikat menyatakan kesediaan untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk mengelak persaingan di mata pelanggan.

“Pemonopolian dibolehkan di Malaysia namun pelakuan tidak bersaing melanggar Akta Persaingan 2010,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Norma menjelaskan denda yang dikenakan berdasarkan perolehan di antara 1 Januari 2012 dan 30 April 2012 melibatkan penerbangan Kuala Kumpur-Kuching, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Sibu.

Beliau menjelaskan penalti kewangan yang dikenakan kurang 10% berbanding pulangan syarikat penerbangan dunia lain di antara Januari dan April 2012.

Katanya, dua syarikat penerbangan itu mempunyai 30 hari bagi memberi maklum balas keputusan MyCC.

“MyCC membuat kesimpulan mereka terlibat dalam pelanggaran Seksyen 4(2)(b), kami akan mengenakan penalti masing-masing RM10 juta kepada MAS dan AirAsia,” katanya.

Pada 9 Ogos 2011, MAS, AirAsia dan AirAsia X mengadakan Kerangka Kerjasama Komprehensif bagi meningkatkan kompetensi, memberi perkhidmatan lebih baik dan lebih nilai kepada pihak yang berkepentingan.

Perjanjian itu turut menyaksikan Khazanah Nasional Berhad dan Tune Air Sdn Bhd memasuki perkongsian silang saham di antara dua syarikat.

Tune Air Sdn Bhd memperoleh 20.5% dalam MAS dan Khazanah Nasional Berhad memperoleh 10% pegangan saham AirAsia di bawah perkongsian itu.

Turut dimeterai bahawa MAS menyediakan perkhidmatan penerbangan perdana, sementara AirAsia dan AirAsia X menjadi penerbangan tambang rendah serantau.

Namun, perjanjian pertukaran itu dibatalkan pada Mei 2012 berikutan perbezaan pendapat di antara pihak berkenaan serta aduan yang dikemukakan oleh MyCC bahawa perkongsian itu akan mencipta ruang monopoli destinasi domestik dan kenaikan harga penerbangan.

Menurut MyCC, satu jawatankuasa bagi siasatan anti persaingan dalam dan luar negara telah menerima 40 aduan sejak dikuatkuasakan pada Januari 2012.

06 September 2013

HOT! BLOGGER PRO TUN M GELAR NAJIB " SEWEL"


Blogger pro-BN gelar Najib “sewel”


Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN) sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.


Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat perlantikan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun keadaan ekonomi negara semakin teruk sehingga kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-BN.

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini. Menurutnya, sekumpulan orang muda dalam Pemandu yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.

Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya. "Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.

Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa isu lagi.

"Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini. "Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.

Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.

Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan."Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.

Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.

"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.

Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini.~ tmi

GEMPAK ! KENDERAAN RASMI BAWA MB KEDAH DIREMPUH PROTON WIRA DI LANGKAWI

Kenderaan Rasmi  Menteri Besar  Dalam Kemalangan Di Langkawi



Langkawi: Bahagian depan kereta rasmi jenis Mercedes Benz dinaiki Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dirempuh sebuah Proton Wira dipercayai akibat masalah teknikal berikutan jalan licin ekoran hujan di persimpangan Jalan Yoi, Padang Mat Sirat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, Mukhriz bersama pemandunya yang dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Mat Sirat dikatakan untuk menghadiri mesyuarat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, anggota polis pengiring yang menaiki motosikal sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 40-an dari arah Padang Mat Sirat ke Kuah mengalami masalah teknikal menyebabkan kenderaan itu menggelongsor lalu merempuh kereta yang dinaiki Mukhriz.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, anggota trafik sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi Menteri Besar untuk membelok ke kanan.




PANAS ! 3 PEMIMPIN BN TERLIBAT DENGAN KONGSI GELAP?


NGO tuntut siasat kaitan pemimpin BN dengan gengster

Sebuah NGO hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan sepucuk surat yang mendakwa tiga pemimpin BN hadir dalam sebuah majlis anjuran kumpulan kongsi gelap 'Geng 36'.

Misteri sekitar acara dikaitkan dengan 'Geng 36'
 
Sudah menjadi kebiasaan, bahkan tanggungjawab, kepada ahli politik untuk menerima undangan NGO ke sesebuah acara, menyerahkan cek besar, memberi ucapan ringkas atau bergambar sambil menggunting reben pelancaran.

Tetapi kontroversi melibatkan tiga pemimpin kanan BN baru-baru ini yang hadir dalam majlis yang dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap menimbulkan persoalan sama ada ahli politik patut lebih berhati-hati menerima undangan.

Pada Isnin, laporan polis dibuat ekoran penyebaran sepucuk surat di Internet, mendakwa tiga pemimpin BN terlibat dalam majlis "Geng 36" melibatkan 6,000 peserta di Seri Kembangan, Selangor pada 3 Disember lalu.

Laporan itu dibuat oleh anggota NGO bergelar Tamilar Action Force S Muralis. Malaysiakini kemudiannya difahamkan bahawa beliau juga timbalan ketua cabang PKR Puchong.

Dua pemimpin yang dinamakan daripada MIC, iaitu Dr S Subramaniam (timbalan presiden) dan T Mohan (ketua Pemuda).

Seorang lagi nama pemimpin Umno tidak disebut buat masa ini sementara menunggu ulasan daripadanya
.

Tiada rekod pendaftaran

Pada Isnin, Mohan mengaku hadir ke acara itu tetapi menjelaskan tidak tahu menahu sama ada ia berkaitan kumpulan kongsi gelap. Sebaliknya, beliau mendapat tahu ia dianjurkan oleh "Kelab Sukan dan Rekreasi Kajang".

Pada hari berikutnya, Subramaniam juga mengesahkan kehadirannya dan mengaku tidak tahu banyak mengenai penganjur melainkan ia sebuah badan berdaftar.

Bagaimanapun, katanya, beliau melihat laptop diedarkan kepada kanak-kanak dan wang diberikan kepada golongan miskin dalam majlis itu.

Semakan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Selangor dan di ibu pejabatnya di Putrajaya mendapati tiada rekod pendaftaran untuk "Kelab Sukan dan Rekreasi Kajang".

Nama terdekat ditemui, "Kelab Rekreasi Kajang Selangor Baru" yang didaftarkan pada 1999. Bagaimanapun rekod pendaftarannya tidak lengkap dan tanpa nombor telefon untuk dihubungi.

Seorang pegawai The Mines, tempat majlis itu diadakan, yang enggan namanya disebut berkata, terdapat kumpulan dikenali sebagai "Kelab Rekeasi Kajang" menempah sebuah dewan untuk acara "majlis makan malam Deepavali".

'Saya urus, mereka bayar pada hotel'

Ini menjadi bertambah pelik apabila pada tahun lepas Deepavali sudah disambut lebih sebulan daripada tarikh tempatan itu, iaitu 26 Oktober.

Sebagai tambahan, pegawai itu juga berkata, untuk mengundang 6,000 tetamu, tiga dewan diperlukan dengan kos sebanyak RM100,000 - jumlah yang besar untuk sebuah "kelab rekreasi".

Pegawai itu tidak dapat memberikan maklumat perhubungan penganjur tetapi memperkenalkan Malaysiakini kepada seorang lelaki dikenali sebagai "Mr Parthiban" daripada syarikat pengurusan acara "Extreme Zone"

Ketika dihubungi, "Mr Parthiban" mengesakan bahawa acara itu dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kajang dan disertai ribuan orang.

Katanya, ini kali pertama beliau bekerja dengan kumpulan itu dan tidak dapat memberikan nombor telefon untuk dihubungi.

Ditanya berhubung dakwaan acara itu mempunyai kaitan dengan pertubuhan kongsi gelap, Parthiban berkata:

"Saya tidak rasa begitu. Semua orang pakai pakaian tradisional India. Saya uruskan tempat dan makanan. Mereka bayar terus pada hotel. Saya tidak tahu selain daripada itu," tambahnya.


RUPA-RUPA KETUA GANGSTER YANG MENJADI KETUA PARTI PERINGKAT BAHAGIAN ADALAH DARI MCA, RAKAN PALING KARIB UMNO!!!




Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.


Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.
Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

05 September 2013

RAKYAT MALAYSIA BAYAR LEBIH UNTUK SUBSIDI TAIKUN-TAIKUN KAYA IPP

(BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi “Mangsa”


Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia….

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).


Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam


Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkanmonopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)



Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya


Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah


Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.

Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.


Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.


Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. 


Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.


Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada

RM16.974 billion (tahun 2009)
RM17.379 billion (tahun 2010)

Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.


Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :

Beli gas pada harga subsidi (sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia


Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih tinggi


TNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh)


Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh)

TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain
Tarif elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesan
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?

Panas! Beratus Pemandu Lori Mengamuk Di Kuantan? [Video Inside]

Pautan kekal imej terbenam

Beratus pemandu lori mogok di Jln Pintasan-Pelabuhan Kuantan, kerana tidak puas hati dengan SPAD, hari ini. Apa yang admin lihat mereka telah berkumpul semenjak semalam tak silap mereka akan mengadakan protes selama 3 hari dan sebab-sebab protes masih belum jelas.

 Dikatakan pemandu2 lori tersebut melakukan protes secara terbuka terhadap SPAD. Mereka parking lori sepanjang jalan  menunjukkan bantahan. Seperti yang dilaporkan dalam rakaman video di bawah:



HOT! PEMUDA UMNO SAHKAN NAJIB JANJI DICAPATIKAN!!!




Exco Pemuda kecewa Umno naikkan harga petrol


Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang kini menawarkan diri untuk jawatan naib ketua pemuda pergerakan itu melahirkan rasa kecewaanya terhadap Umno di atas kenaikan harga petrol.

Menurutnya, ini adalah kali pertama parti itu mungkir janji untuk tidak menaikkan harga petrol yang dibuat sewaktu pilihan raya umum lalu.




Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencari jalan untuk mengembalikan subsidi itu kepada rakyat, sekurang-kurangnya kepada isi rumah yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

"Sama ada memberikan baucar subsidi petrol tambahan atau pemberian 'fleet card' untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau (Najib).

"20 sen mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ia cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjangkakan langkah itu akan menelan belanja RM1.5 bilion, dan kerajaan pula dijangka berjimat sebanyak RM1.1 bilion menerusi pengurangan subsidi untuk baki tahun ini, dan RM3.3 bilion bermula tahun depan.

Kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan perdana menteri pada Isnin lepas.

Zaman Khan dedah bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik


Zaman Khan dedah bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik


KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

"Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya.

Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.

Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram 'ah long' dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.

Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.

"Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/zaman-khan-dedah-bekas-ketua-kongsi-gelap-kini-dalam-politik-21657?cp

04 September 2013

KANTOI ! KENAPA RON97 LEBIH MURAH....MENTERI CAP AYAM....CEPAT, SILA JAWAB?


Kenapa RON97 lebih murah daripada RON95 - Fomca



SHAH ALAM: Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON97 yang lebih murah berbanding RON95, tegas Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

Menurut Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu.

“Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, harga bagi RON95 selepas dinaikkan sebanyak RM0.20 ialah RM2.10 seliter dicampur dengan subsidi sebanyak RM0.63 seliter, jadi jumlah harganya ialah RM2.73 seliter.

Manakala RON97 pula berharga RM2.70 seliter lebih berkualiti tapi lebih murah sebanyak RM0.03 seliter yang akan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM0.03 bagi seliter minyak diberikan subsidi.


Mohd Yusof berkata, tindakan kerajaan BN menaikkan harga sebanyak RM0.20 secara mendadak menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi sehingga menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Katanya, kerajaan boleh melakukan secara berperingkat pada waktu tertentu agar kesannya tidak terlalu besar kepada kehidupan rakyat.

Tambah beliau, cadangan kerajaan memperkenalkan semula penggunaan RON92 adalah tindakan terkebelakang kerana jenis RON itu mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

“Kerajaan perlu mengekalkan RON95 dengan cara kerajaan mengambil langkah untuk mencari jalan penyelesaian agar harganya tidak menyusahkan rakyat memandangkan bahan bakar tersebut digunakan oleh kenderaan dari golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.

antara komen-komen macai BN......



Panas! Buang Tabiat Apa....Kerajaan Najib Benar Mat Sabu Rasmi Forum Integriti....


Mat Sabu diberi penghormatan rasmi forum Institut Integriti Malaysia


Mohamad Sabu (gambar) diberi penghormatan merasmikan Forum Pengukuhan Integriti Politik anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijadualkan pada 7 September ini.

Timbalan Presiden PAS itu dijadualkan memberi ucap utama di program yang turut membariskan Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Hajah Sutinah Haji Sutan; Pengarah Latihan PKR, Mustafa Kamil Ayub dan Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Ketika dihubungi petang semalam, Mat Sabu berkata beliau amat berbesar hati diberi penghormatan untuk merasmikan kursus itu.


“Kali ini mereka mahu PAS terbabit. Saya amat gembira," katanya.

Bagi Mohamad, gerakan Islam masa kini kurang memberi perhatian pada soal integriti.

"Mereka tumpu Fiqah semata-mata,” katanya yang turut kenali sebagai Mat Sabu ketika ditanya harapan beliau terhadap program ini.

Bertempat di Ruemz Hotel, Subang Jaya, program anjuran bersama IIM dan Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi PAS akan bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 tengahari Sabtu ini.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila lawati: 
https://www.facebook.com/events/  

INI PUNCA MINYAK NAIK HARGA....DAN AKAN NAIK LAGI....

Pengurangan subsidi bahan api oleh Malaysia itu adalah yang pertama dan kecil sebelum kemungkinan pelaksanaan langkah tambahan



Fitch dijangka naik penarafan Malaysia

Pengurangan subsidi petrol, diesel tingkat kemampanan fiskal

Kuala Lumpur: Fitch Ratings berkata, langkah Malaysia untuk meningkatkan kemampanan fiskal dan kestabilan makroekonomi jangka panjang boleh menyaksikan perubahan pada penarafannya kepada stabil.

Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan diesel kelmarin, agensi penarafan antarabangsa itu berkata, langkah berkenaan adalah sejajar dengan unjuran fiskalnya dan adalah kredit neutral dalam tempoh terdekat.

Langkah tepat


“Langkah yang diambil Malaysia untuk mengurangkan subsidi fiskal dan mengehadkan pelaburan yang mengandungi kandungan import yang tinggi adalah satu pernyataan kukuh terhadap hasrat kerajaan negara ini untuk membendung tekanan kepada profil kredit negara daripada menjejaskan kewangan awam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Fitch Ratings menegaskan, pengurangan subsidi bahan api oleh Malaysia itu adalah yang pertama dan kecil sebelum kemungkinan pelaksanaan langkah tambahan untuk meningkatkan kedudukan kewangan awamnya.

Katanya, masa pengumuman oleh Malaysia itu adalah bertepatan bagi bertindak balas terhadap meningkatnya keadaan turun naik pasaran global disebabkan oleh langkah pengurangan rangsangan ekonomi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan penelitian pelabur terhadap kelemahan di pasaran sedang berkembang pesat.

“Pelaksanaan pembaharuan berterusan, jika disertai langkah struktur untuk meluaskan asas pendapatan boleh memberikan perubahan kepada profil kredit negara ini,” kata agensi penarafan itu. 


Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah menaikkan harga petrol dan diesel adalah proses mengukuhkan ekonomi dalam jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

Ambil iktibar

Beliau berkata, jika ekonomi negara terjejas, ia akan membawa kesan buruk kepada rakyat, seperti keadaan di beberapa negara asing yang terjejas teruk apabila mereka gagal menguruskan ekonomi mereka dengan betul.

Najib yang juga Menteri Kewangan, menegaskan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pengukuhan fiskal akan diteruskan untuk mencapai sasaran defisit fiskal kira-kira tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan belanjawan seimbang menjelang 2020.

03 September 2013

Tiada Makna Kerajaan Beri BR1M....Kata Ibrahim Teksi


Kenaikan harga minyak: PM kena beri penjelasan terperinci



PETALING JAYA: Perkasa minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan yang lebih ‘detail’ dan terperinci sebab-sebab harga petrol 95 dan diesel naik 20 sen.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, kenyataan Najib sewaktu mengumumkan kenaikan harga petrol 95 dan diesel belum dapat dihayati sepenuhnya oleh rakyat.

“Harga dunia ‘crude oil’ belumlah tinggi sangat dan dijangka tahun hadapan kerajaan akan melaksanakan GST,” katanya kepada FMT.

Sehubungan dengan itu, bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata untuk mengelak mana-mana pihak mengekploitasi isu kenaikan harga petrol dan mengungkit di mana yang dikatakan rakyat didahulukan, maka penjelasan terperinci wajar dibuat dengn segera.

“Alasan kenaikan untuk mengukuh ekonomi negara perlu kepada penjelasan lanjut,” katanya lagi.

Beliau menambah rakyat biasa yang pendapatan kurang RM3,000 pasti keliru dengan mengatakan kalau macam ini, tiada makna kerajaan beri BR1M.

“Saya buat kenyataan ini hasil reaksi rakyat satu jam selepas pengumuman Perdana Menteri,” tegasnya lagi.

Beliau berharap Najib dapat memberi perhatian segera dalam menangani isu kenaikan harga petrol ini.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berkata janganlah kerana kenaikan minyak ini, ada pelajar terpaksa berhenti sekolah bagi mencari rezeki utk menanggung bebanan ibu bapa mereka.

Menurut Presiden GPMS, Jais Abdul Karim. GPMS ingin mencadangkan agar kerajaan menyediakan makanan harian di sekolah utk para pelajar yg khususnya ibu bapa mereka yg berpendapatan RM3ribu ke bawah.

” GPMS juga mencadangkan harga subsidi petrol untuk bas sekolah dikekalkan bagi mengelakan kenaikan bayaran perkhidmatan mereka, “katanya lagi.

Tahanan Lolos, 4 Anggota Polis Ditahan


SEREMBAN - Empat anggota polis antara sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan insiden seorang tahanan kes dadah meloloskan diri daripada kawalan polis di Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata empat anggota polis berumur 24 dan 50 tahun, terdiri koperal dan konstabel bertugas di Balai Polis Nilai ditahan semalam. Mereka kini ditahan reman.

"Kita turut menahan empat wanita dan seorang lelaki berumur 21 dan 30-an pada hari yang sama (semalam) bagi membantu siasatan kes ini.

Mereka ditahan di sebuah rumah sewa di Taman College Height, Sikamat di sini.

Ketika ditahan tiga daripada mereka didapati positif dadah berdasarkan ujian air kencing," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Kishminderjit Singh a/l Bahadar Singh, 39, dalam perjalanan dihantar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai ke penjara Simpang Renggam, selepas polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahannya mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, van polis terbabit berhenti di plaza tol berkenaan selepas tahanan itu dikatakan meminta kebenaran untuk ke tandas daripada seorang anggota polis pengiring.

Sebaik pemandu keluar dan membuka pintu, sebuah kereta Proton Satria merah merempuh belakang van itu sebelum suspek menolak anggota polis yang mengawalnya ke dalam van itu hingga jatuh, sebelum melompat keluar memasuki kereta terbabit dalam keadaan tangan bergari.

Pemandu kereta Proton Satria terbabit kemudian memecut memasuki persimpangan keluar Setul ke arah pusat bandar ini dan gagal dikesan walaupun cuba dikejar van polis itu.

Lelaki itu ditahan di Sikamat pada 4 Julai lepas kerana kesalahan berkaitan dadah sebelum polis mendapat perintah menghantarnya untuk tahanan di penjara Simpang Renggam pada 30 Ogos lepas.

Hamdan berkata tahanan itu yang juga dikenali sebagai Taliban di kalangan pengedar dadah mempunyai lapan rekod kesalahan lampau dan empat kes dikehendaki.

Katanya antara kes rekod kesalahan lampaunya ialah pernah menjalani hukuman mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) di Batu Gajah pada 2002 dan di Simpang Renggam pada 2007.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tahanan itu supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. -

Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak

Persoalan mudah kalau kos pengangkutan naik tentu kos barang akan naik....

Syarikat pengangkutan kontena akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.

"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum, jika kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan anggota kami tentang FAF baru hari ini."

Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.



Panas ! Penyokong Tegar Umno Kantoi.....Harga Minyak Naik Hanya Khabar Angin

Semalam..... Minyak naik apanya ?? Tu semua khabar angin. haha...






Puak puak pentaksub Rosmah Mansor semalam meroyan ..

Puak-puak ini ternyata kurang cerdik.....pada hal penyokong PR sudah bersedia dengan kenaikan minyak, barang-barang juga cukai......kita tahu polisi ekonomi najib....NAIKKAN HARGA MINYAK MANTAPKAN EKONOMI NEGARA......


Harga petrol di Malaysia sepanjang zaman...(dalam masa 23 tahun - sejak 1990)
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)


dari page SSTMM


Kerajaan boleh tukar Honda Accord sebagai kereta rasmi kerajaan ratusan juta . Kemudian naikkan harga minyak untuk rakyat marhaen!
Tindakan bijak? Jawapan saya, Tindakan BODOH. Maaf, itu yang perkataan yang sesuai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...